Sedetik Cuma



Hai hai hai. Haha. Hari ni boleh dikatakan genap seminggu selepas aku balik dari Malaysia. Well, balik Malaysia jumpe family kan. sape yang tak happy. Dapat spend mase ngan dorang. Dpt borak2, gelak2, masak same2. Kawan2 slalu cakap, 'Mira ni, kalau dah balek Malaysia, dok Muar jek lah'. Well, memang betul pun. Huuu, dan saya happy dengan macam tu. Mmg rase malas nk contact or jumpe sape2 melainkan mak ayah dan adik2. tak kisah lah orang nak cakap ape pun. Dan tiap kali nak balek Germany balek, mesti rase tak nak. Rase time spend ngan family x pernah cukup, even balik berbulan pun. Entah bile lah nak balek Malaysia terus... Well, to be honest, sejak start Master ni, perasaan homesick tu semakin membuak-buak. May be sbb tinggal sorang. tak ade kawan2 macam dulu. So bile dok sorang ni, haa mcm2 lah dok pk. Hurm, tapi sume org cakap, 'ala tak lame, setahun jek...' tapi aku yg lalui, even untuk sehari pun, rase teruk sangat... Hurm. sangat awkward macam berada kat bumi asing. Alhamdulillah jugak, tinggal dengan pakcik ni. Walaupun tak lah slalu spend mase ngan die, tapi bile ade die, macam ade family jugak. Bile balek class, die akan tanye, cane class sume. Okay x. Bile dy x nmpak aku kuar makan, die akan ketuk bilek, tanye dah makan ke. Kalau die tak dengar bunyi pape dari bilek, die akan ketuk just to make sure, aku okay. Mmg kalau nak compare ngan family sebenar, jauh skali. Tapi at least ade someone to look after me, even in indirect way. 

Pastu, time balek Malaysia ritu, bnyk perkara pahit manis. Tapi satu perkara yang pasti, aku sangat kesiankan mak.. Kenape? Itu biarlah aku dan adik2 jek tahu.. InsyaAllah, aku akan cube buat mak happy, even dari jauh pun. Aku janji, tak akan buat mak kecewa dan menangis sebab aku. Love you mak :)

They are the reasons of my happiness

 

Tepuk dada, tanyalah Iman.

Tak tahu macam mana dan bagaimana nak start. Tapi basically just nak share satu game, yang kami mainkan semase satu programm minggu lepas. Game nya begini:
Kami dibahagikan kepada kumpulan 2 orang. seorang daripadanya perlu ditutupkan mata (A). dan ahli yang tidak ditutupkan mata tu(B), membawa A ke suatu tempat, di mana di atas meja dipenuhi dengan sisa-sisa makanan (nasi, lemak ayam, kulit bawang etc *Okay, sangat geli!!). then A dan B akan duduk bertentangan. Di depan B, yakni di penghujung sisa makanan yang bertaburan di atas meja, terletaknya
sekeping duit syiling. Bila moderator cakap start, B akan memberitahu/mengarahkan A
untuk menggerakkan 1 jarinya di atas meja yang penuh halangan tu, untuk smpai dan ambil 
syiling tanpa kene pada sisa2 tersebut, dan tanpa seklipun mengangkat jari dari meja. 
jika kene, A perlu start dari point awal. Dan ketika game, bbrape 
kumpulan akan berjln serentak. dan akan ade suara yang menggnggu konsentrasi dengan 
memberikan arahan berlainan.

Okay, agak - agak ape ibrah yang kite bole dapat daripada game ni yg boleh kita ambil untuk mantapkan Tarbiyah kita:
  • Perlunya kepercayaan antara satu sama lain
  • Tenang dan concentrate dalam melaksanakan sesuatu
  • Tidak berputus asa, cuba dan terus mencuba
  • Dan banyak lagi
Tapi satu point yang saya nak cuba highlight kan kat sini ialah:

Dlm game ni, A sentiasa rasa was-was kalau die tak percaya kepada B, sbb A ni tak nampak jaln menuju ke syiling, dan tak tahu bile die akan sampai. Kalau nak di analogikan, kita manusia, hidup kat dunia ni macam A. Tahukah kita bila Allah akan tarik nyawa kita? Tahukah kita apa lagi fitnah yang akan cuba halang jalan dakwah kita? Dan sepatutnya, kita perlu rasa takut macam mana A rasa takut, malah lebih lagi. Tanpa Al-Quran, yakni 
sbg. panduan hidup Muslim, kita tak dapat nak bergerak ke hadapan, mencari redha Allah, mengejar syurga Allah dengan tenang dan yakin. In fact, kita tak akan try cari pun, sbb kita tak akan 
faham kenape perlunya buat demikian. 

Allah berfiman,

“ Alif Laam Raa ….. ( ini adalah ) Kitab yang kami turunkan kepadamu (Muhammad) supaya kamu mengeluarkan manusia dari kegerlapan kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan, (Yaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha terpuji ”. (QS;Ibrahim ayat; 1)


Carilah redha Allah bukan redha Manusia. Allah tak rugi sedikit pun kalau kita ingkar dengan Nya.

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imran:177)


Tapi siapa yang rugi kalau bukan diri sendiri? Tepuk dada, tanyalah Iman.

Wallahualam.