Janji Allah itu Benar


Setiap kegagalan itu adalah rezeki dari Allah supaya kita mendekatkan diri denganNya.. Ini kata2 kakak 'Adawiyah' ku semasa DBL (Duduk Bertemu Lutut) minggu lalu yang aku akui akan kebenarannya. 

Inilah pegangan yang aku ambil setiap kali menghadapi cabaran hidup. 

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya 
(Al-Baqarah 2:286). 

Janji Allah dalam Al-Quran ini juga aku pegang supaya diri tak terasa terlalu kecewa dan putus asa dengan ujian sekecil ini. Bila kesedihan tak mampu diceritakan kepada sesiapa, hanya Allah lah tempat mengadu. Dia yang memahami dan sedia mendengar setiap keluhan dan rintihan hambaNya ini. Aku yakin, walau apa pun dugaan yang menimpa, pasti akan dapat aku tempuhi, kerana itu adalah janji Allah. Dan aku amat yakin akan kesenangan yang menunggu ku kelak, kerana itu juga janji Allah..

Kerana sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. (Al-Insyirah : 5-6)


No comments: