Jangan buruk sangka pada Allah


"Mahu atau tidak, manusia tidak akan pernah mampu lari dari kebergantungan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Dialah tempat kita mencurahkan segala-galanya; gembira, sedih, stress dan sebagainya. Setiap dugaan atau fitnah yang menimpa haruslah dijadikan salah satu sebab untuk kita muhasabah dan perbaiki diri sendiri. Jangan pernah buruk sangka pada Allah."

Itu sebagai mukadimah. Baru-baru ni, saye adelah problem dengan kewangan and of course rasa sangat2 stress. Dengan hajat nak beli laptop baru still tak boleh nak tunaikan, terasa nak campak laptop ni dari langit. Kadang-kadang mood study boleh hilang lesap macam tu jek. Almost everyday akan cek akaun kalau2 duit dah masuk tapi everytime jugak akan dissappointed. Rase nak maki2 semua org. 

Sampailah satu hari, after check akaun bank dan kecewa, terus bukak twitter. Tup tup, bace first skali status dari iluvislam yg sgt2 menyedarkan saya..



Bila bace, cepat2 istighfar.. Ada hikmah untuk segala apa yang Allah takdirkan untuk kita. Ini baru sedikit sekecil ujian yang langsung tak setaraf jika nak dibandingkan dengan mangsa-mangsa kekejaman di Syria, Mesir, Myanmar etc. Saya still boleh menikmati breakfast dengan tenang. 
Bila bermuhasabah kembali, mungkin ini juga peringatan dari Allah supaya melebihkan bersedekah dan memberi. Even dengan sekecil-kecil benda, usahakan untuk bersedekah. 

"Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka."

(Surah An-Nisa: Ayat 39)


Wallahualam.

No comments: