Cintai Allah
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam sepenuhnya
dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"
(Surah al-Baqarah 2:208)
Maksud ayat di atas ialah kita mestilah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim secara TOTAL kerana Islam tak menerima sebarang pencampuran antara keduanya.
Okay, senang kate macam ni lah. kalau kita tengok sekarg, ramai antara kita (termasuk diri saye), yang mengaku kalimah syahadah, yakni mengaku bahawa kita beriman pada Allah dan Rasul2-Nya. Tapi cuma kita tengok dlm kehidupan harian kita. Kdg2 tu kita siap pilih lagi mane suruhan Allah yg sesuai dengan keadaan kita. Baju dah tutup semua, pakai tudung, cukup syarat. Tapi ketat. Solat 5 waktu. tapi sume solat di akhir mase. macam2 lagi lah kalau nak listkan kat sini.
Memang kita tak mampu nak lakukan semua secara mendadak. tapi percayalah, Allah menilai kita berdasarkan usaha kita nak ubah diri kita tu. Mari kita bersama-sama berhempas pulas berusaha menuju syurga Allah. Buktikan yang kita cinta Allah!!
No comments:
Post a Comment